Monday, June 2, 2014

KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA

KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA Mendisplinkan diri Terdapat beberapa kepentingan mematuhi papan tanda di jalan raya. Antaranya, kita dapat mendisplinkan diri ketika menggunakan jalan raya. Apabila kita berada di jalan raya, kita mestilah ingat bahawa terdapat undang undang keselamatan jalan raya. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memudahkan kerja pihak kerajaan dengan mematuhi papan tanda jalan raya. Bukan itu sahaja, malah kebaikan dan keselesaan kita sendiri. Melancarkan trafik lalu lintas Seterusnya, papan tanda jalan raya melancarkan laluan trafik laluan lintas. Lazimnya papan tanda “ dilarang melatakkan kendaraan “ diletakkan di beberapa kawasan tertentu untuk mengelakkan berlakunya kesesakan. Jika jalan tersebut dipenuhi dengan kenderaan, pastinya kesesakan yang berlaku akan berlarutan. Pastinya keadaan ini akan menyusahkan pengguna yang lain. Lebih lebih lagi jika terdapat ambulan yang membawa pesakit yang cedera parah dan memerlukan rawatan segera, tersekat di jalan raya kesan daripada pengguna yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya. Mengelak berlakunya kemalangan Selain itu, kepentingan papan tanda jalan raya ialah mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nnyawa orang tersayang. Sering erpapar di media massa yang terdiri daripadamidea elektronik dan media cetak akan tragedi-tragedi yang menyayat hati yang kebanyakkannya berpunca daripada pemandu pemandu yang tidak bertanggungjawab tidak mematuhi papan tanda jalan raya seperti mengurangkan had laju dan kanak kanak melintas di hadapan. Tragedi ini menyebabkan nyawa-nyawa insan yang tidak bresalah turut terlibat. Meningkatkan ekonomi negara Di samping itu, kita dapat meningkatkan ekonomi Negara. Ini menggalakkan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan Negara sendiri dan menggalakkan pelancong asing untuk melawat Negara kita. Pelancong asing akan tertarik dengan keharmonian Malaysia. Apabila ramai pelancong yang hadir, semakin banyaklah hotel-hotel dan kemudahan yang disediakan. Apabila pelancong asing menggunakan perkhidmatan yang Malaysia jalankan, ia akan mendatangkan keuntungan kepada Malaysia. Bukan sahaja Negara, ia dapat mengurangkan kadar penganguran di Malaysia. Hal ini kerana apabila semakin banyak hotel hotel yang dibuka, semakin ramai pekerja yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment